Korang tahu tak, Hyunbin dan Son Ye-jin merupakan antara pelakon Korea yang menerima bayaran tertinggi?
Terbaru menurut laporan pada 6 November, nilai bersih Hyunbin dianggarkan mencecah $21 juta (RM97,671,000) manakala nilai bersih Son Ye-jin pula adalah $20 juta (RM93,020,000). Oleh itu, gabungan nilai bersih pasangan suami isteri ini adalah kira-kira $41 juta (RM190,691,000).
Selain itu, media juga mendedahkan bahawa pelakon lelaki itu menerima bayaran sebanyak $113,000 (RM525,563) untuk setiap episod K-Drama dan isterinya memperoleh $108,000 (RM502,308).
Bukan itu sahaja, rumah mereka sebelum ini juga telah diperkenalkan dalam program hiburan “Free Doctor”, iaitu sebuah rumah agam mewah yang terletak di Kampung Achiul Guri. Dilaporkan bahawa Hyunbin telah membeli rumah tersebut dengan wang tunai sejumlah 4.8 bilion won (RM17,103,864).
Dengan ini, ramai yang memuji pasangan itu kerana bukan sahaja memperoleh banyak wang daripada kerjaya lakonan malahan mempunyai pemikiran ekonomi yang bagus. Ada juga yang memberi komen bahawa anak mereka nanti akan menjalani kehidupan yang sempurna tanpa rasa bimbang.
Fuh!