Ikuti Kami:

“Saya Dah Sediakan…” – Jinyoung GOT7 Kongsi Sedang Siapkan Lagu Bagi Album Solo

“Saya Dah Sediakan…” – Jinyoung GOT7 Kongsi Sedang Siapkan Lagu Bagi Album Solo

Jin-young GOT7 sedang siapkan album solo?

Sebelum ini kami ada kongsikan bahawa Jin-young GOT7 akan tampil dalam filem terbaru “A Christmas Carol” pada 7 Disember ini.

Menerusi satu sesi temu bual yang diadakan sempena untuk mempromosikan filem tersebut, Jin-ypung sempat berkongsi satu khabar gembira buat para peminat. jinyoung

Saya kini sedang mengusahakan album solo saya. Saya dah sediakan semua lagu. 

Kenyataan itu mula dikongsi apabila dia ditanya bagaimana dia mampu mengimbangi karier lakonannya serta karier sebagai penyanyi bersama GOT7.

Kalau saya ada dalam situasi sekarang ketika saya masih muda, saya rasa saya hanya akan pilih satu jalan sahaja. Namun, sekarang saya nampak pelbagai cabang sebagai satu arah tuju yang sama. Lakonan adalah kerjaya yang saya lakukan jika saya diterima selepas ‘casting’. Tetapi menyanyi adalah salah satu cara berkomunikasi dengan cara yang lebih terus. Jadi, saya tidak akan memilih antara kedua-duanya. 

jinyoungDia menambah,

Karakter utama saya adalah masih sebagai seorang penyanyi. Itu adalah dasar saya yang sudah lama saya lakukan. Saya akan cuba sedaya upaya menjalankan karier saya sebaik mungkin. 

Wah, bagus lah dia usaha keras untuk lakonan dan nyanyian!

Tak sabar ek nak tahu details untuk album solo Jin-young!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...