Ikuti Kami:

“Saya Cuba Tak Nak Stress” – Jinyoung GOT7 Risau Bawa 2 Watak Berbeza Dalam ‘A Christmas Carol’

“Saya Cuba Tak Nak Stress” – Jinyoung GOT7 Risau Bawa 2 Watak Berbeza Dalam ‘A Christmas Carol’

Jin-young berkongsi bahawa dia tak tenang? Dah kenapa?

Terbaru, satu sesi sidang media bagi filem “A Christmas Carol” diadakan di Megabox COEX yang bertempat di Samseong-dong, Gangnam-gu, Seoul. Turut hadir ke sesi sidang media tersebut adalah, Park Jin-young, Kim Dong-hui, Song Gun-hee, Heo Dong-won dan juga pengarah Kim Seong-soo. jinyoungMenerusi sidang media tersebut, Jin-young sempat berkongsi,

Saya kena bersedia dengan dua watak sekaligus sebelum penggambaran. Saya boleh katakan bahawa saya agak stress pada awalnya kerana saya terus mempersoalkan diri saya, adakah apa yang saya buat ini, betul? Atau salah? Jadi, ada satu perasan ketidakpastian dan kebimbangan mengenai cara saya menghidupkan watak itu. 

Dia menyambung,

Saya tidak pasti sama ada saya lebih ‘connect’ dengan watak Il Woo atau Wol Woo. Tapi, saya cuba untuk tidak gelabah. Malah, saya akan jadi lebih susah untuk menghidupkan watak jika saya terlalu memikirkan tentang pandangan dan komen daripada penonton pada masa akan datang. Saya elakkan berbuat seperti itu. 

jinyoungDia menjelaskan,

Saya cuma harap penonton dapat bezakan watak antara Il Woo dan juga Wol Woo, kerana dua watak tersebut mempunyai perbezaan yang amat besar. 

Untuk pengetahuan, “A Christmas Carol” merupakan satu filem aksi triller yang mengisahkan mengenai Il Woo (abang) yang memasuki pusat tahanan juvana untuk membalas dendam setelah kematian adiknya Wol Woo.

Filem ini dijangka bakal mula ditayangkan pada 7 Disember ini. Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...