Jin-young GOT7 kini kembali dengan filem terbaru, “Christmas Carol”!
Terbaru, syarikat pengedaran filem, DSTATION, melancarkan satu imej poster teaser bagi filem “Christmas Carol” dan turut mengesahkan tayangannya pada Disember akan datang.Filem bergenre aksi thriller ini mengisahkan Il Woo, yang perlu memasuki pusat tahanan juvana untuk membalas dendam ke atas kematian adik kembarnya, Wol Woo. Kematian adik kembarnya secara tidak langsung terlibat dengan konfrontasi kejam oleh ketua kumpulan juvana tersebut.
Watak yang dibawa oleh Jin-young kali ini dilihat sebagai satu cabaran hebat dek kerana dia perlu membawa dua watak sekaligus, Il Woo dan Wol Woo. Dengan kapsyen di imej poster yang tertera seperti,
Saya ingin menjadi raksasa.
Nantikan watak terbaru Jin-young pada Disember ini okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.