Ikuti Kami:

Jinyoung GOT7 Kongsi Pandangan Mengenai Identiti Diri & Impian Sebagai Pelakon

Jinyoung GOT7 Kongsi Pandangan Mengenai Identiti Diri & Impian Sebagai Pelakon

Bercampur-baur kan tengok lakonan Jin-young GOT7 dalam Yumi’s Cells? Namun, terbukti lakonan Jin-young berkualiti dan berjaya meninggalkan impak pada penonton.

Terbaru, Jin-young tampil dalam sesi penggambaran dan juga temu bual bersama DAZED KOREA. Tetapi, satu hal yang berjaya menarik perhatian adalah apabila Jin-young memperkenalkan dirinya dengan dua identiti berbeza.

Hello. Saya Park Jin-young dan Jin-young GOT7.

Apabila disoal mengapa dia memperkenalkan diri sedemikian, dia berkata,

Ia sebenarnya sukar. Terlalu ramai orang yang bekerja di bawah nama Jin-young, jadi saya memperkenalkan diri saya dengan menambah nama kumpulan saya, GOT7, tetapi sekarang saya bekerja sebagai Park Jin-young.

Saya rasa saya sedang melalui proses peralihan antara dua nama. Jadi apabila saya memperkenalkan diri saya, saya sengaja menyebut kedua-dua nama itu.

jinyoungJin-young sempat berkongsi bahawa ayahnya pernah berkata,

Sesiapa yang mematahkan impiannya, turut akan mencapai impiannya. 

Jin-young masih merasakan empati dengan pernyataan tersebut malah turut merasakan bahawa ianya bukan sesuatu yang hebat untuk dikatakan.

Bila kita hanya fikir akan impian kita, ia akhirnya akan pergi ke banyak haluan kerana kita hanya berfikir. Kita tidak mencapainya. Pernyataan itu sebenarnya mengajar kita untuk menjadi realistik. Segalanya perlu bermula dari bawah, tapi jika kita hanya terus bermimpi, sukar untuk ianya jadi realiti.

Saya rasa, ayah saya cuba maksudkan bahawa saya tidak perlu terlalu memikirkan apa akan terjadi selepas selesai sesuatu kerja. Tetapi saya harus terima realiti dulu kemudian terus berusaha.

jinyoungJin-young kemudiannya ditanya mengenai perancangan atau pandangannya sebagai pelakon untuk masa hadapan. Dia berkata,

Saya rasa ianya bagus jika saya boleh menjadi pelakon yang boleh membawa apa-apa watak. Secara jujurnya, saya mahu menjadi seorang yang boleh menggambarkan apa yang pengarah dan penulis inginkan dengan cara yang lebih tepat dan berkualiti untuk disampaikan kepada penonton.

Kalau itu impian Jin-young, apa pula impian korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...