Kim Nam-gil memang tidak dinafikan merupakan salah seorang pelakon Korea dengan bakat lakonan yang tidak perlu dipersoalkan lagi.
BACA: “Saya Tak Mahu..” – Kim Namgil Dedah Enggan Bintangi ‘Island’ Pada Awalnya Atas Sebab Ini
Umum pasti mengetahui bahawa Kim Nam-gil seringkali terlibat dengan naskhah bergenre aksi dan fantasi, seperti “The Fiery Prist”, “Through the Darkness” dan “Island” baru-baru ini.
Terbaru dalam video temu bual yang dikeluarkan oleh majalah ELLE Korea, Kim Nam-gil berkongsi tentang watak yang dia cuba ingin mainkan selepas ini. Jelasnya,
Saya tidak cuba memilih untuk melakonkan watak yang belum pernah saya lakonkan sebelum ini. Saya tidak memilih karya hanya dengan melihat watak-wataknya. Pada asasnya, cerita itu mestilah harus bagus. Sama ada raja, penjahat atau melodrama yang penuh ghairah, saya bersedia untuk apa sahaja yang penonton mahukan.
Tambah pelakon “Island” itu lagi,
Namun, saya mahu cuba melakukan drama genre meloromantik, raja, dan saya juga mahir dalam komedi romantik. Saya tidak tahu kenapa mereka asyik panggil saya untuk drama aksi, saya dah penat beraksi sekarang.
Semoga ada peluang buat Kim Nam-gil!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉