Ikuti Kami:

“Saya Tak Mahu..” – Kim Namgil Dedah Enggan Bintangi ‘Island’ Pada Awalnya Atas Sebab Ini

“Saya Tak Mahu..” – Kim Namgil Dedah Enggan Bintangi ‘Island’ Pada Awalnya Atas Sebab Ini

Baru-baru ini, pelakon Kim Nam-gil telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah ELLE Korea.

Bagi yang belum tahu, Kim Nam-gil baru sahaja membintangi musim 1 drama “Island” yang telah tamat pada 13 Januari lalu.

Ketika sesi temu bual, pelakon itu mendedahkan bahawa dia minat dengan webtoon asal “Island” dan enggan membintangi drama tersebut pada awalnya atas sebab,

Pada mulanya, saya enggan memegang watak itu kerana saya tidak mahu merosakkan karya yang sangat saya cintai dengan tangan saya sendiri.

Tambah Kim Nam-gil lagi,

Tetapi, saya berubah fikiran apabila seseorang memberitahu saya ‘Mengapa awak fikir awak akan merosakkannya tanpa mencuba? Mengapa awak tidak membuat projek yang hebat dengan rasa cinta itu?’.

kim namgil

Kemudian, pelakon lelaki itu turut menyatakan impiannya sebagai seorang pelakon. Kongsinya,

Saya harap akan ada lebih banyak karya yang membuatkan penonton memahami sifat manusia dan bukannya rancangan yang hanya fokus pada ‘pahit’ dan ‘manis’. Sebagai pelakon, saya tidak mahu memalukan orang yang saya kenali dalam karya saya. Saya harap setiap projek memberi motivasi kepada orang untuk mengejar impian mereka.

Dalam pada itu, musim kedua drama “Island” bakal ditayangkan pada 24 Februari nanti. Jangan lupa saksikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...