Ada tak yang tengah seronok layan drama “Bora! Deborah” sekarang?
Terbaru, teraju utama “Bora! Deborah” iaitu Yoon Hyun-min dan Yoo In-na telah tampil dalam saluran YouTube rasmi Majalah Single, di mana mereka menjawab beberapa soalan dari penonton.
Dalam video itu, Yoon Hyun-min ada berkongsi mengenai kebimbangannya kini dengan berkata,
Kebimbangan terbesar saya hari ini ialah berat badan saya bertambah serta-merta walaupun saya makan sedikit. Saya benar-benar tidak makan banyak selama seminggu kerana penggambaran hari ini.
Mendengar luahan lelaki itu, Yoo In-na memberi respon,
Yoo Hyun-min yang telah saya tonton selama kira-kira 8 bulan sekarang, sering makan sepanjang di set. Tetapi, dia tidak pernah mengalami kenaikan berat badan atau bengkak.
Tambah pelakon wanita itu lagi dengan berkongsi petua untuk menjaga berat badannya,
Apabila saya mempunyai sesuatu yang saya ingin makan, ia tidak hilang dari fikiran saya sehingga saya memakannya. Jadi, saya cuba memakannya secepat mungkin, dalam kuantiti yang sikit sahaja. Saya sudah rasanya dan keinginan itu tercapai. Sukar untuk berhenti, tetapi saya telah melatih diri saya sendiri untuk makan sikit sahaja.
Boleh ikut ni petua Yoo In-na!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉