Ikuti Kami:

IU & Yoo Inna Dikatakan Pernah Hisap Rokok Bersama?

IU & Yoo Inna Dikatakan Pernah Hisap Rokok Bersama?

Umum pasti mengetahui bahawa IU dan Yoo In-na merupakan sahabat rapat untuk 10 tahun kini.

Terbaru dalam siaran 4 April program “IU’s Palette”, Yoo  In-na telah tampil sebagai tetamu di mana dia berborak mengenai pelbagai perkara bersama rakan baiknya itu.

Khususnya IU ada berkongsi sokongan yang sentiasa diberikan Yoo In-na buatnya,

Apabila saya pergi ke konsert jelajah negara, Yoo In-na datang ke semua persembahan.

Kemudian, ketika sedang membaca kata kunci tentang persahabatan mereka, kedua pelakon itu terkejut melihat perkataan ‘rokok rahsia’. Respon Yoo In-na mengenai ini,

Kami? Kami tidak merokok. Saya fikir mereka ingat kami menghisap rokok secara rahsia.

Tambah IU lagi,

Kami tidak. Itu salah faham. Kami berdua menggunakan suara kami untuk profesion kami.

Bagaimanapun, IU kemudiannya mendapati bahawa kata kunci itu adalah ‘bertanggungjawab terhadap visual’ pada akhirnya.

Salah faham je tu..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...