Ikuti Kami:

“Saya Dah Lama..” – Park Sunghoon Dedah Pilih Untuk Terajui ‘Queen Of Tears’ Kerana Pelakon Ini

“Saya Dah Lama..” – Park Sunghoon Dedah Pilih Untuk Terajui ‘Queen Of Tears’ Kerana Pelakon Ini

Park Sung-hoon telah menceritakan sebab mengapa dia memilih untuk berlakon dalam “Queen Of Tears”.

Baru-baru ini, Park Sung-hoon telah ditemu bual dalam satu rancangan YouTube. Di mana, dia telah mendedahkan sebab mengapa dia memilih untuk membintangi “Queen Of Tears”.

Katanya,

Ramai yang dah tahu yang saya pilih drama ini sebab Kim Soo-hyun. Ianya kerana saya dah lama meminatinya walaupun dia jauh lebih muda dari saya.

Tambahnya,

Saya juga dah tonton hampir kesemua drama serta filem lakonannya. Lakonan dia sangat menakjubkan dan Kim Soo-hyun sangat berbakat.

park-sunghoon-kim-soohyun-queen-of-tears

Sambungnya lagi,

Sejujurnya, saya banyak jadikan drama lakonan Kim Soo-hyun sebagai sumber untuk saya belajar. Tambahan pula, meskipun dia memiliki pengalaman yang lebih banyak sebagai watak utama, dia seseorang yang sangat merendah diri dan kami rasa selesa semasa bekerja dengannya.

Hampir kesemua pelakon “Queen Of Tears” puji Kim Soo-hyun kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...