Lakonan hebat Kim Soo-hyun dalam episod terkini “Queen Of Tears” telah dipuji.
Pada 30 Mac, episod 7 bagi drama “Queen Of Tears” telah disiarkan dan rata-rata penonton yang menonton drama tersebut telah memuji kebolehan Kim Soo-hyun yang berjaya membawa keaslian dalam wataknya, sekaligus menarik penonton dalam perjalanan drama itu yang penuh dengan emosi.
Dalam “Queen Of Tears”, Kim Soo-hyun telah memegang watak sebagai Baek Hyun-woo. Seorang peguam yang kehidupannya penuh dengan emosi, cabaran serta konflik.
Lakonan luar biasa Kim Soo-hyun telah dikatakan berjaya menghidupkan lagi watak Baek Hyun-woo tersebut. Malah, penyampaian emosi dalam lakonannya juga turut dapat dirasai oleh penonton di seluruh dunia.
<눈물의 여왕>
⁰”그럼 해보든가 어디 뭐 어쩔 건데 뭐라도 해봐 한번”김수현 독일 윽박씬 연기 개잘해 진짜 ㅜㅜ
백현우 미친놈이 잔인하게라도 모진 말 하며⁰자기희생해서 해인이 살리려고 하는 게 마음 아픔 pic.twitter.com/2gMQXxKgdJ— 상상 (@imagine__Drama) March 30, 2024
Antara komen peminat terhadap lakonan Kim Soo-hyun,
Pembawakan watak Kim Soo-hyun dalam drama ini adalah yang terbaik. Do Min-joon pun kalah.
Lakonan dia menjadi, sehingga membuatkan hati saya turut merasa sakitnya.
Saya tak boleh bayang jika pelakon lain yang bawa watak Baek Hyun-woo.
Dia yang jerit dan menangis, tapi kenapa saya yang rasa sedih?
Kim Soo-hyun buat saya menangis bila tonton drama ni.
Apa pendapat korang pula?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.