Ikuti Kami:

“Ianya Menggilakan” – Lebih Mendebarkan, Kim Soohyun & Kim Jiwon Beri ‘Spoiler’ Episod Akan Datang ‘Queen Of Tears’

“Ianya Menggilakan” – Lebih Mendebarkan, Kim Soohyun & Kim Jiwon Beri ‘Spoiler’ Episod Akan Datang ‘Queen Of Tears’

Para pelakon “Queen Of Tears” telah memberikan spoiler bagi episod yang akan datang.

Pada 28 Mac, tvN telah mengeluarkan satu video komentari di YouTube. Di mana, para pelakon “Queen Of Tears” telah dilihat menonton episod terkini drama itu.

Ketika sedang menonton, Kim Soo-hyun telah berkata,

Kamu semua baru lihat 6 episod pertama drama ini. Jadi saya nak nasihatkan anda semua untuk menyediakan diri masing-masing.

Tambahnya,

Kerana, selepas ini ada lebih dari 50 insiden yang akan berlaku dan plot twist dia akan buat anda terdiam sebab ianya benar-benar menggilakan.

queen-of-tears-review

Sambung Kim Ji-won pula,

Awak perlu setia dengan kami sehingga drama ini tamat kerana awak semua sekarang dah terperangkap dalam ‘roller coaster’ drama ‘Queen Of Tears’.

Sementara itu, “Queen Of Tears” telah berjaya mencapai rekod rating tertinggi mereka pada minggu lalu iaitu sebanyak 14.1%. Malah, ianya juga berjaya menduduki tempat pertama di carta teratas drama paling popular selama 3 minggu berturut-turut.

Alamak takut pulak nak tonton episod yang akan datang nanti..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sport Chosun

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...