Ikuti Kami:

Tak Terkesan Dengan Kontroversi Kim Soohyun, ‘Queen Of Tears’ Cipta Rekod Raih Rating Tertinggi

Tak Terkesan Dengan Kontroversi Kim Soohyun, ‘Queen Of Tears’ Cipta Rekod Raih Rating Tertinggi

“Queen Of Tears” telah mencipta rekod rating terbaru.

Menurut Nielsen Korea pada 25 Mac, rating terkini bagi episod terbaru “Queen Of Tears” telah mencecah sebanyak 14.1%. Di mana, ianya telah memecahkan rekod yang dicipta oleh drama itu pada minggu lalu, iaitu sebanyak 13%.

Malah, rating “Queen Of Tears” yang kian meningkat ini sekaligus telah membuktikan bahawa kejayaan yang dicapai oleh drama ini tidak dapat dihentikan dengan khabar angin hubungan percintaan diantara Kim Sae-ron dan Kim Soo-hyun.

Namun begitu, khabar angin dan spekulasi mengenai dakwaan percintaan diantara kedua-dua mereka masih lagi berterusan.

queen-of-tears (1)

Terlebih dahulu, Kim Sae-ron telah memuat naik gambar intimnya bersama dengan Kim Soo-hyun di media sosial sebelum dia memadamkan semula gambar tersebut. Perkara ini sekaligus telah menimbulkan kekecohan di kalangan peminat serta netizen.

Walau bagaimanapun, “Queen Of Tears” tetap meneruskan kebangkitannya yang stabil walaupun terdapat kontroversi yang menyelubungi Kim Soo-hyun.

Korang dah tonton ke belum episod terkini “Queen Of Tears”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...