Ikuti Kami:

“Saya Dah Lakukan Yang Terbaik..” – Yoo Jaesuk Dedah Sudah Fikir Mahu Bersara

“Saya Dah Lakukan Yang Terbaik..” – Yoo Jaesuk Dedah Sudah Fikir Mahu Bersara

Pernah terfikir tak yang Yoo Jae-suk mungkin akan bersara suatu hari nanti?

Dalam episod terbaru “Pinggyego”, Jo Jung-suk dan Jo Se-ho telah hadir sebagai tetamu dan berbincang mengenai isu persaraan. Kata hos No 1 di Korea itu,

Fikiran saya berubah-ubah. Terkadang, saya berpikir ‘selama  diizinkan’, ‘asalkan masih mampu mencari dan ada kesempatan’, tetapi ada ketika saya berfikir ‘meskipun ada kesempatan, itu mungkin juga ketamakan.’ Saya perlu mempertimbangkan ini 10 tahun akan datang, kerana kesihatan saya mungkin tidak sama seperti sekarang. Itu adalah persoalan yang perlu saya fikirkan nanti.

yoo jaesuk

Jo Jung-suk turut bersetuju dengan hal itu dan menjelaskan dia juga perlu berfikir mengenai kekuatan, keluarga dan hal lain ketika bersara. Tambah Yoo Jae-suk,

Saya sudah berasa cukup sekiranya dapat menjalankan tugas saya sebaik mungkin ketika masih diperlukan.

Akhirinya,

Kalau dah melakukan yang terbaik pun tapi tak berjaya, maknanya saya akan bersara ketika itu.

Sedih kan bila tiada Yoo Jae-suk dalam industri hiburan Korea nanti..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...