Bila kita dah sayang seseorang tu, mesti payah nak lepaskan mereka pergi kan?
Seperti apabila Jeon So-min membuat keputusan mengejut meninggalkan “Running Man” dengan alasan mahu berehat seketika sebelum kembali aktif dalam bidang lakonan.
Diam tak diam, sudah 3 bulan pelakon wanita itu mengundurkan diri dari program berkenaan. Menerusi Instagram miliknya, Jeon So-min dilihat seronok menghabiskan waktu melakukan pelbagai aktiviti seperti bercuti dan memasak.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, ramai sepertinya masih tidak boleh melepaskannya pergi kerana kerap meminta dia pulang ke “Running Man”. Menjengah ke ruangan komen,
Kami perlukan awak dalam ‘Running Man’. Sentiasa merindui kehadiran awak di dalamnya.
Kembali lah ke ‘Running Man’.
Tolonglah masuk balik ‘Running Man’, satu episod pun jadilah.
‘Running Man’ dah tak best sebab awak tak ada.
Balik lah semula..
Move on lah korang…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.