Ikuti Kami:

“Saya Dah Capai Had…” – Kang Jiyoung KARA Kongsi Perasaan Selepas Mulakan Karier Solo

“Saya Dah Capai Had…” – Kang Jiyoung KARA Kongsi Perasaan Selepas Mulakan Karier Solo

Bukan senang untuk seorang ahli meneruskan perjalanan selepas berpisah dengan ahli kumpulan lain. Itu lah rasa yang tercetus di lubuk hati Kang Ji-young yang meneruskan kerjaya di Jepun sebelum ini.

Baru-baru ini, Kang Ji-young tampil dalam satu rancangan hiburan, “Not Staycation But Starcation” yang turut menampilkan seorang lagi bekas ahli KARA iaitu Nicole, bersama So-you dan Ye Ji-won. kang jiyoungMereka berempat tampil sebagai rakan percutian yang baru untuk episod terbaru rancangan hiburan tersebut. So-you dilihat memulakan perbualan dengan berkongsi bagaimana dia boleh akrab dengan Nicole akibat jadual mereka yang sebelum ini sering menemukan mereka. So-you berkata,

Dalam kalangan ahli 91 yang lain, Nicole merupakan ahli yang paling gemar minum dan bersenam. Itu lah bagaimana kami boleh rapat.

Dalam masa yang sama, Kang Ji-young turut berkata dia mengalami kesukaran untuk memulihkan semula tenaga dan perasaan senangnya setelah keluar dari KARA, malah turut berkongsi bagaimana perjalanan hidupnya sebagai pelakon di Jepun.

Kang Ji-young turut meluahkan kebimbangannya sebagai pelakon sewaktu di Jepun dan perbualan secara jujur itu membuatkan tetamu lain malah penonton sendiri, turut berasa sedih. Kang Ji-young menitiskan air mata apabila mengenangkan 5 tahun yang lalu apabila dia aktif sebagai pelakon di Jepun dan berkata,

Saya rasa saya telah mencapai had saya, saya rasa seperti tak mampu teruskan semua lagi.

kangSetelah meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya, Nicole dan tetamu lain cuba memujuk Kang Ji-young dengan bermain alat muzik serta bergurau senda.

Perbualan mereka diteruskan lagi dengan meneruskan aktiviti yang mereka rancang sewaktu bercuti bersama-sama. Mereka menikmati aktiviti riadah air, sambil mempamerkan penampilan mereka yang santai.

Tapi dengar khabar kononnya KARA akan buat ‘reunion’? Hm betul ke? Kita tunggu update je lah okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...