Ikuti Kami:

Bakal Sambut Ulang Tahun Debut Ke-15, Nicole Jung Akan Lancar Single Digital Terbaru

Bakal Sambut Ulang Tahun Debut Ke-15, Nicole Jung Akan Lancar Single Digital Terbaru

Bekas ahli kumpulan KARA, Nicole Jung bakal menyambut ulang tahun ke-15 debutnya dan dikhabarkan akan melancarkan single digital terbarunya tidak lama lagi. Wah.. dah 15 tahun ek dalam industri…

Agensinya, JWK Entertainment mengeluarkan kenyataan bahawa,

Nicole bakal melancarkan single digital terbarunya pada 27 Julai ini, sekaligus menandakan comeback dirinya dalam industri muzik. 

Mengenai lagu terbarunya, agensi Nicole menyatakan,

Nicole sudah habis merakamkan muzik video untuk lagu terbaru tersebut dan sedang bersiap sedia secara aktif untuk aktiviti lain sebagai contoh tampil dalam rancangan muzik untuk mempromosi dirinya. Penonton pasti akan teruja dengan penampilan barunya.

Tak sabar rasanya nak tengok penampilan terbaru Nicole? Khabarnya, apabila dia berkerjasama dengan JWK Entertainment, dia dengan serta-merta ingin membuat comeback solo dan berinteraksi dengan peminat dalam pelbagai cara.  nicoleLagu terbaru Nicole kali ini semestinya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat. Mana taknya, dari awal pembabitan Nicole dalam industri, dia sering mempamerkan persembahan dan kualiti nyanyian yang unik dan bertenaga.

Single digital terbaru Nicole akan dilancarkan melalui pelbagai platform muzik pada 27 Julai ini dan kandungan teaser pula akan disiarkan secara berturut-turut.

Jadi yeorobun, jangan terlepas dengarkan single terbaru Nicole Jung okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...