Ikuti Kami:

“Saya Dah Beritahu Kan..” – T.O.P Umum Sudah Keluar Dari Kumpulan BIGBANG

“Saya Dah Beritahu Kan..” – T.O.P Umum Sudah Keluar Dari Kumpulan BIGBANG

Nampaknya, BIGBANG hanya tinggal dengan 3 ahli kini..

Terbaru pada 29 Mei, T.O.P telah menyiarkan satu video pendek di Instagram peribadinya, memberi petunjuk kepada peminat bahawa dia akan melancarkan album solonya tak lama lagi.

Meskipun sudah lama tinggalkan agensi YG Entertainment namun, beberapa peminat masih tertanya-tanya sama ada lelaki itu masih merupakan ahli BIGBANG.

Khususnya di ruangan komen, seorang peminat bertanya,

T.O.P adakah awak sudah keluar dari BIGBANG?

Respon penyanyi itu secara tegas,

Saya telah menarik diri dari BIGBANG. Saya sudah memberitahu awak tahun lepas. Saya sedang menghadapi lembaran baru dalam hidup saya.

Dengan ini, T.O.P nampaknya sudah mengesahkan sendiri bahawa dia bukan lagi sebahagian dari ahli BIGBANG.

Hmm..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...