Ikuti Kami:

“Saya Dah Bayar” – Lee Seunggi Akui Hampir Buat Pembedahan Ubah Bentuk Hidung

“Saya Dah Bayar” – Lee Seunggi Akui Hampir Buat Pembedahan Ubah Bentuk Hidung

Lee Seung-gi mendedahkan bahawa dia pernah mempertimbangkan untuk menjalani operasi hidung.

Meskipun mempunyai ‘visual’ yang tampan, namun Lee Seung-gi baru-baru ini telah mengulas tentang keyakinan dirinya yang kurang dan bagaimana dia pernah mempertimbangkan untuk melakukan ‘rhinoplasty’ (pembedahan yang mengubah bentuk hidung).

Pada siaran terbaharu program “Circle House”, Oh Eun-young, Lee Seung-gi, Noh Hong-chul dan Lee Jung bercakap tentang isu keyakinan diri dan bagaimana mereka akhirnya berpuas hati dengan penampilan mereka. Han Ga-in mengaku bahawa dia sering diberitahu bahawa dia cantik semasa membesar tetapi mengejutkan semua orang dengan mengatakan bahawa dia pernah mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan kontur tulang muka.

lee seunggi circle house

Lee Seung-gi kemudiannya berkata,

Saya tahu bagaimana rasanya. Saya sering melihat ke cermin dan berfikir, ‘Saya memerlukan pembedahan hidung’. Saya fikir ia akan meningkatkan lakonan saya secara ajaib.

Dia juga mengejutkan tetamu dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya telah membuat temu janji dengan pakar bedah. Mendengar cerita itu, Oh Eun-young bertanya sama ada pelakon itu telah membayar deposit tempahan untuk pembedahan. Lee Seung-gi dengan berat hati menjawab,

Saya sebenarnya sudah membuat bayaran untuk menetapkan tarikh itu, dan saya tidak memberitahu agensi saya. Saya mahu melakukannya dengan berhati-hati kerana doktor mengatakan bahawa ia hanya prosedur yang mudah dan cepat.

lee seunggi

Dia berkata bahawa dia agak tegas mengenai idea untuk mendapatkan pembedahan itu tetapi tidak lama kemudian mengubah fikirannya selepas memikirkannya. Dia berkongsi,

Saya banyak memikirkannya dan memutuskan untuk tidak mendapatkannya kerana saya menyedari bahawa saya tidak pernah membuat duit dari penampilan saya. Saya fikir lebih baik saya lakukan banyak senaman.

Dalam pada itu, “Circle House” merupakan program di mana Lee Seung-gi, Han Ga-in, No Hong-chul, Lee Jung dan Dr. Oh Eun-young duduk berbincang dan menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi anak muda kini.

Lee Seung-gi dah handsome lah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...