Ikuti Kami:

“Saya Dah Balas Cara Baik” – Minta Gambar Artis Lain, Lee Dongwook Tegur Sikap Peminat

“Saya Dah Balas Cara Baik” – Minta Gambar Artis Lain, Lee Dongwook Tegur Sikap Peminat

Pelakon Lee Dong-wook tegur sikap peminat yang dianggap tidak sopan? Kenapa ya?

Sebelum ini, tersebar beberapa keping gambar tangkapan skrin yang menunjukkan konteks perbualan Lee Dong-wook bersama peminat melalui satu platform atas talian “Universe”.

Dalam tangkapan skrin tersebut menunjukkan Lee Dong-wook menolak secara baik apabila seorang peminat bertanyakan mengenai perihal artis lain yang mana dia mahu melihat gambar dan di mana artis itu berada pada ketika itu. lee dongwookLalu, Lee Dong-wook dengan sopannya berkata,

Kenapa buat saya begini? Kalau kamu mahukan selfie Bum, kamu minta sendiri daripadanya. 

lee dongwookBengang dengan jawapan Lee Dong-wook, lalu peminat itu berkata,

Kenapa? Kamu cemburu ke?

Lalu, Lee Dong-wook menjawab,

Cemburu? Saya rasa kamu bertindak sebegini kerana kamu belum mengenali saya dengan baik lagi, cuma berfikirlah kenapa saya perlu berbicara mengenai artis lain di sini?

lee dongwookDia menambah lagi,

Sama juga seperti dalam aplikasi V sebelum ini. Jadi, kenapa kamu suka menanyakan mengenai artis lain? Saya cuba untuk tidak cemburu dan menjelaskannya dengan baik kepada kamu supaya kamu faham. Saya ingin kita sama-sama berbual dan bergelak ketawa bersama. Tapi kenapa kamu buat begini kepada saya? Saya tidak marah, saya cuma memberitahu perkara ini kepada kamu supaya kamu tidak mengulanginya terhadap artis lain. 

lee dongwookPeminat lain turut meluahkan pandangan mereka mengenai isu yang berlaku dan berkata,

“Saya berasa lega akhirnya ada yang menyuarakan hal ini.”

 

“Ramai peminat yang sering bertanyakan mengenai artis lain dalam platform ini.”

 

“Saya harap peminat lain berhenti lah bertanyakan mengenai artis lain.”

 

“Apa masalah mereka? Mereka siap bertanya jika Lee Dong-wook cemburu?”

 

“Lee Dong-wook dah jawab dengan cara baik.”

Ada rupanya peminat yang tak bertimbang rasa macam ini…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...