Utama Drama Korea “Saya Dah Agak..” – Gong Yoo Jawab Reaksi Pro-Kontra Buat ‘The Silent...

“Saya Dah Agak..” – Gong Yoo Jawab Reaksi Pro-Kontra Buat ‘The Silent Sea’

netflix the silent sea

Sudah pun lebih dua minggu ditayangkan, namun “The Silent Sea” masih menjadi bualan ramai.

Merupakan naskhah Netflix yang dikeluarkan selepas “Squid Game” dan “Hellbound” mencapai populariti hebat di seluruh dunia, sudah pasti ramai yang memberikan perhatian buat “The Silent Sea”.

Walaupun dibarisi pelakon hebat seperti Gong Yoo, Bae Doo-na, Lee Joon dan ramai lagi, sepertinya siri sci-fi ini menerima respon bercampur dari penonton. Ada yang memuji efek visual dan lakonan tetapi terdapat juga kritikan dek jalan cerita yang sukar difahami.

netflix the silent sea

Oleh sebab komen pro-kontra itu, Gong Yoo telah meluahkan pendapatnya,

Apabila saya menerima skrip dan mula bekerja dengan drama ini, saya tahu akan ada yang suka dan membencinya. Sebabkan ia merupakan genre sci-fi, saya sudah mengagak perbezaan pendapat akan agak ekstrem. Saya rasakan terdapat pelbagai perspektif yang boleh didekati buat drama ini, sama ada saintifik ataupun siasatan sejarah.

Pun begitu, Gong Yoo menyampaikan rasa puas hatinya kerana “The Silent Sea” menjadi langkah pertama untuk genre sci-fi angkasa lepas di Korea.

Pendapat anda pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Kyunghyang
Loading...