Ikuti Kami:

No 4 Di Ranking Global Netflix Kini, ‘The Silent Sea’ Terima Komen Pro-Kontra

No 4 Di Ranking Global Netflix Kini, ‘The Silent Sea’ Terima Komen Pro-Kontra

Netflix sekali lagi kembali dengan siri spektakular iaitu “The Silent Sea”! Korang dah tengok belum?

Ia membawa kisah pasukan elit yang menjalani misi khas di sebuah pangkalan ditinggalkan di bulan selepas kekurangan sumber di bumi.

Terbukti hebat, siri 8 episod berkenaan berjaya tersenarai di tangga ke-4 ranking global Netflix selepas 3 hari tayangan.

netflix the silent sea

Merupakan antara siri yang dinantikan ramai, pastinya pelbagai reaksi yang dapat dilihat selepas “The Silent Sea” dibuka untuk tontonan ramai. Tambahan dengan plot sci-fi dan pelakon hebat seperti Gong Yoo, Bae Doo-na, Lee Joon, Kim Sun-young dan Lee Moo-saeng, ianya menjadi perhatian seluruh dunia.

Meskipun memaparkan plot yang unik, siri Netflix ini menerima respon bercampur dari penonton.

netflix the silent sea

Komen mereka:

Saya tak sangka Korea mampu menghasilkan naskhah sci-fi sehebat ini.

 

Saya lebih menyukainya dari ‘Hellbound’.

 

Nampaknya saya mempunyai reaksi yang berbeza dengan orang. Dua episod awal agak perlahan namun ianya bertambah laju selepas itu.

 

Saya tertidur semasa menontonnya.

 

Saya merasakan bahawa pengarah ada banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Suntingannya agak kekok dan senario dipaparkan tiada beza dengan filem angkasa lepas yang lain.

 

Ianya siri yang baik. Berhenti banding semua siri dan cuba meletakkan ranking antara mereka.

 

Plotnya ada kekurangan namun seninya sangat ke depan. Saya seronok menontonnya.

Bagaimana pula dengan korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...