Ikuti Kami:

“Saya Cuba Untuk Jadi Lucu” – Na Inwoo Kongsi Perbezaan ‘Jinxed At First’ Dari Webtoon Asal

“Saya Cuba Untuk Jadi Lucu” – Na Inwoo Kongsi Perbezaan ‘Jinxed At First’ Dari Webtoon Asal

Baru-baru ini, pelakon yang muncul dalam pelbagai drama kini iaitu Na In-woo, telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Dazed Korea.

Bagi yang belum tahu, Na In-woo kini sedang membintangi drama “Jinxed At First” dan “Cleaning Up”.

Dalam “Jinxed At First”, iaitu drama yang diapdatasi dari webtoon popular, Na In-woo berperan sebagai seorang lelaki malang bernama Soo-kwang yang berjumpa dengan seorang dewi keberuntungan (Seohyun SNSD).

Ketika sesi temu bual, pelakon itu menggambarkan bagaimana drama dan wataknya berbeza daripada webtoon asal. Na In-woo berkata,

Semasa proses adaptasi, suasana drama menjadi lebih ceria daripada webtoon asal.

na inwoo jinxed at first

Jelasnya lagi dengan lebih mendalam,

Soo-kwang (nama watak) mengalami perkara yang benar-benar tidak dijangka setiap hari, tetapi daripada menggambarkannya dengan cara yang sinis, saya cuba meluahkannya dengan cara yang lucu. Soo-kwang ialah watak yang mesra dengan emosi yang melimpah. Dia seseorang yang apabila menghadapi kesusahan, dia akan membuat ekspresi lucu berbanding sentiasa berkerut dahi.

Menjadi la Na In-woo bawa watak dalam “Jinxed At First”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...