Ikuti Kami:

Keserasian Dipuji, Seohyun Kongsi Dapat Bergaul Baik Dengan Na Inwoo Untuk ‘Jinxed At First’

Keserasian Dipuji, Seohyun Kongsi Dapat Bergaul Baik Dengan Na Inwoo Untuk ‘Jinxed At First’

Siapa yang tengah seronok layan drama lakonan Seo-hyun dan Na In-woo “Jinxed At First” kini?

BACA: Kisah Si Malang Bertemu Si Bertuah, Episod Awal ‘Jinxed At First’ Raih Rating Baik

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Jinxed At First” merupakan kisah romantik fantasi mengenai seorang lelaki malang dan miskin, bertemu dengan dewi kekayaan yang disorok oleh satu keluarga kaya.

Baru-baru ini, kedua pelakon utama drama itu telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah ‘Singles’, di mana mereka berkongsi sedikit sebanyak mengenai proses penghasilan drama tersebut. Untuk pengetahuan, drama ini sudah pun selesai melakukan penggambaran bagi semua episod. Na In-woo berkongsi,

Tahun lepas, sejak 5 bulan lalu, ia merupakan penggambaran yang sangat menyeronokkan dan mengujakan. Saya tidak sabar untuk ia keluar kerana ia adalah kerja keras.

na inwoo seohyun

Kemudian, Seo-hyun turut mengulas keserasiannya bersama dengan Na In-woo,

Set penggambaran adalah mesra pada setiap saat, dan saya dapat merakam dengan gembira kerana saya bergaul dengan baik bersama In-woo.

Dalam pada itu, “Jinxed At First” merupakan drama kedua Na In-woo sebagai watak utama selepas “River Where the Moon Rises”. Apabila ditanya jika ada perbezaan dari kali pertama, pelakon itu menjelaskan,

Saya melakukannya dengan keyakinan bahawa saya boleh melakukannya walaupun saya tidak tahu jawapannya ketika berlakon. Penggambaran drama ini tidak dilakukan secara berurutan bagi setiap episod, sebaliknya secara berselerak, jadi anda perlu melihat aliran keseluruhan.

jinxed at first

Jangan lupa tonton “Jinxed At First” setiap hari Rabu dan Khamis di saluran Viki dan iQIYI!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...