Ikuti Kami:

“Saya Cuba Minta Tapi..” – Pyo Yejin Dedah Pernah Tidak Dibayar Untuk Lakonannya

“Saya Cuba Minta Tapi..” – Pyo Yejin Dedah Pernah Tidak Dibayar Untuk Lakonannya

Pasti bukan mudah perjalanan Pyo Ye-jin untuk sampai ke tahap sekarang ini..

Baru-baru ini, Pyo Ye-jin telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tamatnya drama “Taxi Driver 2”.

Ketika sesi temu bual, pelakon wanita itu melahirkan rasa gembiranya kerana diberi kepercayaan untuk membawa watak sebagai Go-eun dalam drama tersebut. Dia berkata,

Saya sangat teruja apabila ditawarkan watak itu. Saya gementar tetapi mujurlah, semua pelakon dan pengarah sangat menyokong serta banyak membantu saya.

Kemudian, Pyo Ye-jin turut berkongsi bahawa dia pernah membawa watak sokongan kecil pada suatu masa dahulu namun, tidak dibayar untuk kerjanya itu. Jelasnya,

Walaupun saya meminta gaji saya beberapa kali, mereka enggan memberikannya kepada saya. Jadi, saya tidak meneruskan isu ini lagi kerana takut.

pyo yejin

Sambung pelakon berumur 31 tahun itu lagi,

Melihat ke belakang, saya menyedari bahawa saya bodoh. Saya kini merasakan tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga pelakon yang memainkan watak sokongan di set, setelah mempunyai pengalaman tersebut.

Semoga ada keadilan yang sewajarnya pada Pyo Ye-jin..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...