Ikuti Kami:

Pengaruh Hebat, IU Terima Lebih RM3 Juta Bayaran Bagi Setiap Episod ‘You Have Done Well’?

Pengaruh Hebat, IU Terima Lebih RM3 Juta Bayaran Bagi Setiap Episod ‘You Have Done Well’?

Bukan sahaja berbakat dalam nyanyian malahan IU juga turut dikenali dengan bakat lakonannya yang mengagumkan.

Terbaru menurut laporan eksklusif, IU dilapor akan dibayar sebanyak 1 bilion KRW (RM3,330,153) untuk setiap episod dramanya akan datang “You Have Done Well”.

Untuk pengetahuan, penyanyi itu akan memberi tumpuannya pada penggambaran drama itu pada 2023 ini dan dia menerima bayaran yang begitu tinggi kerana populariti, pengaruh dan keupayaannya untuk menjadi pasaran global.

Selepas pelbagai khabar angin tersebar, syarikat produksi “You Have Done Well” memberi respon,

Kami meminta pemahaman anda bahawa sukar untuk mengulas tentang bayaran penampilan pelakon atau jumlah kos pengeluaran.

iu you have done well

Netflix juga turut menyatakan,

Kami tidak boleh memberitahu anda kerana ia adalah klausa rahsia yang merupakan sebahagian dari kontrak. Kami tidak boleh mendedahkan bahagian itu secara rasmi.

Dalam pada itu, “You Have Done Well” yang turut diterajui Park Bo-gum, menceritakan kisah hidup Ae-soon dan Gwan-shik yang dilahirkan di Pulau Jeju pada tahun 1950-an.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...