Baru-baru ini, Lee Jae-wook telah dijemput sebagai tetamu dalam program yang diacarakan oleh Zico iaitu “The Seasons – Zico’s Artist”.
Pada awalnya, Lee Jae-wook berkongsi tentang pertemuannya bersama Zico, yang ingin menjemputnya ke rancangan tersebut.
Saya masih ingat dia berlari ke arah saya dan bertanya sama ada saya boleh muncul dalam program ini. Saya beritahu dia saya tidak ada apa-apa untuk dipromosi tetapi dia mempercayai saya.
Selain bercakap tentang kerjaya lakonannya dan sebagainya, pelakon “Alchemy of Souls” itu turut memberitahu tentang rancangannya untuk berkhidmat dalam tentera. Katanya,
Sebenarnya, tidak ada banyak masa lagi sebelum pendaftaran saya di tentera. Saya fikir nak masuk tahun depan. Saya cuba untuk melakukan banyak aktiviti sebelum saya pergi.
Fighting Lee Jae-wook!