Ikuti Kami:

“Saya Cuba..” – Bercinta Dengan Kim Woobin Kini, Shin Minah Luah Ingin Ada Anak Perempuan

“Saya Cuba..” – Bercinta Dengan Kim Woobin Kini, Shin Minah Luah Ingin Ada Anak Perempuan

Pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah pasangan Kim Woo-bin dan Shin Min-ah akan sama-sama memasuki alam perkahwinan.

Baru-baru ini, Shin Min-ah telah terlibat dengan satu temu bual bagi menceritakan tentang filem barunya “Three Days of Vacation”, kisah ibu dan anak yang mengusahakan sebuah restoran bersama.

Ketika sesi temu bual, wanita itu bercakap tentang hubungannya bersama dengan ibunya yang sebenar,

Saya selalu meluahkan perasaan saya kepada ibu saya. Ibu saya tidak selalu menghubungi saya tetapi saya sering menghubunginya. Saya melayannya dengan bersungguh-sungguh. Saya dengan yakin boleh menggelar diri saya sebagai anak perempuan yang baik.

shin minah

Sambungnya lagi dengan menjelaskan bahawa dia seorang anak yang baik,

Saya akan cuba untuk memberikan segala-galanya yang dia mahu. Selagi dia gembira, saya tidak peduli berapa banyak kosnya. Biar saya jujur di sini, saya ingin mempunyai anak perempuan seperti saya!

Elele mesti comel anak Shin Min-ah nanti macam mak dia ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...