Meskipun jarang berinteraksi di khayalak umum, pasangan Kim Woo-bin dan Shin Min-ah setia memberikan sokongan pada satu sama lain.
Baru-baru ini, Shin Min-ah telah terlibat dengan satu temu bual khas, susulan tayangan filem barunya “Three Days of Vacation”.
Sebelum ini, Kim Woo-bin dilihat hadir ke tayangan perdana VIP untuk filem tersebut, bagi memberikan sokongan buat kekasihnya itu.
Ketika sesi temu bual, pelakon wanita itu berkongsi mengenai reaksi teman lelakinya selepas menonton filem tersebut,
Ramai pelakon datang ke tayangan VIP. Semua orang berkata mereka sangat seronok menontonnya.
Sambungnya lagi,
Kim Woo-bin juga berkata bahawa dia sangat menikmatinya. Dia nampaknya menontonnya dengan emosi yang sama. Saya rasa dia mungkin menangis sedikit.
Sementara itu, Three Days of Vacation” adalah filem yang diterajui oleh Shin Min-ah dan Kim Hae-sook, kisah ibu dan anak yang mengusahakan sebuah restoran bersama. Ianya akan ditayangkan pada 6 Disember ini.
Bersemut la!