Ikuti Kami:

“Saya Cuba Baiki..” – Park Boyoung Akui Benci Terperangkap Dengan Imej ‘Comel’

“Saya Cuba Baiki..” – Park Boyoung Akui Benci Terperangkap Dengan Imej ‘Comel’

Selepas 5 tahun, Park Bo-young akhirnya kembali menemui penonton di layar perak menerusi filem “Concrete Utopia”.

Baru-baru ini, Park Bo-young telah terlibat dengan satu temu bual, susulan tayangan “Concrete Utopia”. Ketika sesi temu bual, pelakon itu berkongsi sebab dia memilih untuk membintangi filem berkenaan,

Saya tidak ada banyak peluang untuk melakukan karya genre berat, tetapi saya sentiasa mempunyai keinginan untuk genre baru dalam hati saya. Ia adalah kerja di mana saya dapat lihat sisi berbebza saya yang tidak pernah saya tunjukkan sebelum ini dan ia berasa seperti melepaskan diri dari acuan sebagai pelakon.

Kemudian, Park Bo-young turut mendedahkan bahawa dia benci imej comelnya ketika pertama kali debut namun, perspektifnya berubah dari semasa ke semasa. Jelasnya,

Saya sentiasa terperangkap dalam satu imej. Jadi saya cuba memperbaikinya dengan mengambil kira cara saya bercakap.

park boyoung

Sambung wanita itu,

Sekarang, saya percaya bahawa menjadi semula jadi adalah perkara yang paling penting. Saya bermimpi untuk menerima diri saya seadanya dan menjalani perubahan dalam lakonan.

Sementara itu, “Concrete Utopia” sudah mula bersiaran pada 9 Ogos lalu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...