Ikuti Kami:

“Apa Saya Buat Pada Awak?” – Park Boyoung Akui Menangis Selepas Terima Komen Jahat

“Apa Saya Buat Pada Awak?” – Park Boyoung Akui Menangis Selepas Terima Komen Jahat

Seorang selebriti pastinya tidak akan lari dari menerima kritikan dari orang ramai.

Baru-baru ini, Park Bo-young telah tampil dalam program Lee Young-ji di YouTube “No Prepare”, di mana pelakon itu ada mengulas mengenai komen jahat yang pernah diterimanya.

Pada awalnya, dia berkata,

Saya berpura-pura bahawa saya kuat. Mungkin awak boleh berfikir seperti itu.

Kemudian, Park Bo-young turut mendedahkan bahawa dia akan menangis ketika di rumah,

Apabila saya pulang ke rumah, saya akan fikir ‘Apa yang saya lakukan kepada awak?’.

Bukan itu sahaja, pelakon wanita itu turut memberitahu bahawa dia pernah menerima komen jahat dan ia sangat mempengaruhinya sehingga dia tidak boleh mempercayai kata-kata sesiapa lagi.

Seseorang yang saya tidak kenal menyinggung perasaan saya, saya melihatnya begitu banyak. Saya telah melalui banyak perkara. Itu membuatkan saya tidak mempercayai sesiapa pun.

Hmm kesian Park Bo-young..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...