Ikuti Kami:

“Saya Cemburu” – Hadiahkan Dior & Pelbagai Lagi Pada Peminat, Tindakan Jisoo Ini Dipuji Ramai

“Saya Cemburu” – Hadiahkan Dior & Pelbagai Lagi Pada Peminat, Tindakan Jisoo Ini Dipuji Ramai

Setelah lama menanti, Ji-soo BLACKPINK akhirnya debut sebagai penyanyi solo dan telah menerima sokongan hebat dari peminat.

Terbaru pada 2 April, peminat telah berkongsi pengalaman mereka menghadiri pra-rakaman untuk persembahan Ji-soo di SBS “Inkigayo”.

Meninjau di Twitter, peminat berkongsi bahawa ahli tertua BLACKPINK itu memberikan pengilat bibir dari jenama mewah Dior, bersama set kad foto, kek coklat dan sehelai baju, sebagai hadiah buat peminat yang hadir memberikan sokongan buatnya.

Selain itu, pengilat bibir tersebut turut diukir dengan nama Ji-soo, menjadikan hadiah itu lebih istimewa buat peminat.

Selepas ciapan itu dikongsi, peminat rata-rata seronok melihat idola itu menghargai peminatnya dan meninggalkan komen seperti,

Saya sangat cemburu dengan Blinks di Korea!

 

Dia bagi Dior kepada peminat? Wah dia memang kaya yang teramat.

 

Kalau Ji-soo bagi saya kek, saya tidak makan tetapi hanya memaparkannya di dalam bilik saya.

 

Dia sangat sweet. Saya cemburu kepada mereka yang dapat hadiah dari Ji-soo.

Untuk pengetahuan, Ji-soo merupakan duta global buat jenama mewah Dior, untuk kategori fesyen dan kecantikan.

Untungnya Blinks yang dapat hadiah tu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...