Ikuti Kami:

“Nampak Mewah Sangat” – 11 Outfit Berlainan, Ini Reaksi Netizen Tonton MV Solo Jisoo ‘Flower’

“Nampak Mewah Sangat” – 11 Outfit Berlainan, Ini Reaksi Netizen Tonton MV Solo Jisoo ‘Flower’

Setelah lama menunggu, hari yang dinantikan BLINKS telah pun tiba!

Pada 31 Mac hari ini, Ji-soo BLACKPINK telah membuat solo debutnya dengan album “ME”, yang mempunyai dua lagu iaitu “Flower” dan “All Eyes On Me”.

Ketika sesi temu bual, Ji-soo berkongsi tentang aspek yang dia paling fokuskan untuk keluaran album tersebut. Jelasnya,

Saya ingin menunjukkan sisi berbeza sebagai artis solo, bukan hanya sebagai ahli BLACKPINK. Saya mencurahkan hati dan jiwa saya ke dalam setiap aspek album, termasuk muzik, konsep, penggayaan dan muzik video, untuk menceritakan kisah saya.

Khususnya dalam muzik video “Flower”, terdapat 3 bab yang telah dibahagikan, dengan jalan cerita tersendiri untuk lagu berkenaan.

Apa yang menarik perhatian, Ji-soo juga telah menggayakan 11 pakaian berbeza untuk video berdurasi 3 minit itu, meraih pujian ramai dengan kecantikannya. Antara komen netizen,

Ini adalah konsep yang berbeza dari lagu-lagu BLACKPINK sebelum ini. Saya suka!

 

Dia betul-betul seperti seorang pelakon dalam muzik video ini. Syabas Kim Ji-soo.

 

Ji-soo sangat cantik. Saya suka instrumen lagu terutamanya dalam pre-chorus. Bunyinya seperti ala-ala diraja.

 

Semua baju Ji-soo sangat cantik, membuatkan MV ini nampak lagi mewah.

 

Saya tak boleh pilih antara lagu ‘Flower’ dan ‘All Eyes On Me’ kerana dua-duanya sangat bagus!

Untuk pengetahuan, sebelum ini YG Entertainment pernah mendedahkan bahawa muzik video Ji-soo ini mempunyai kos pengeluaran tertinggi, di kalangan MV BLACKPINK yang lain.

Apa pendapat korang pula? Cuba komen!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...