Ikuti Kami:

“Mereka Bagi Idea..” – Bakal Debut Solo, Jisoo Kongsi Terima Sokongan Dari Ahli BLACKPINK

“Mereka Bagi Idea..” – Bakal Debut Solo, Jisoo Kongsi Terima Sokongan Dari Ahli BLACKPINK

Setelah lama menanti, Ji-soo BLACKPINK akhirnya akan debut sebagai penyanyi solo pada 31 Mac hari ini!

Baru-baru ini, Ji-soo telah terlibat dengan satu temu bual, di mana dia menjelaskan tentang album pertamanya “ME”, terima sokongan dari ahli BLACKPINK yang lain dan pelbagai lagi.

Khususnya ketika ditanya perasaannya untuk melancarkan album solo petama, pelakon “Snowdrop” itu menjawab,

Saya tidak sabar menungu keluaran ini dan melihat reaksi peminat terhadap teaser yang telah dikeluarkan. Saya sangat teruja untuk akhirnya mempamerkan apa yang telah saya usahakan untuk masa yang lama. Jika peminat saya menyukainya, saya akan sangat gembira.

Untuk pengetahuan, Ji-soo juga telah memecahkan rekod baru apabila albumnya itu telah meraih lebih 1.3 juta pra-pesanan, menjadikannya artis solo wanita Korea pertama dalam sejarah yang mempunyai pencapaian sedemikian. Mengenai ini, ahli tertua BLACKPINK itu berkata,

Setiap kali saya mendengar perkataan ‘pertama’, ia membuat saya teruja dan tertanya-tanya. Sokongan dan jangkaan yang luar biasa dari peminat amat saya hargai dan ia mendorong saya untuk bekerja lebih keras lagi. Saya mahu memenuhi jangkaan mereka, jadi saya mahu memberikan yang terbaik sehingga akhir.

Selain itu, Ji-soo juga turut berkongsi bagaimana ahli BLACKPINK yang lain memberikan sokongan buat debut solonya ini,

Walaupun dengan jadual mereka yang padat, mereka sentiasa mengawasi proses penyediaan saya dan menawarkan idea yang berharga. Reaksi positif mereka memberi saya keberanian yang saya perlukan.

Sambungnya lagi,

Rosé juga menyertai saya di set semasa penggambaran muzik video di LA, yang merupakan satu kejutan yang menggembirakan. Kadang-kadang ia boleh menjadi sunyi melakukan sesuatu sendiri, tetapi melihat Rosé, ia memberi tenaga sepenuhnya kepada saya.

Nantikan debut solo Ji-soo pada 31 Mac hari ini dengan judul lagu “Flower”, bakal dilancarkan pada jam 12 tengahari!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...