Ikuti Kami:

Pecah Rekod, Album Jisoo ‘ME’ Raih Jumlah Pra-Tempahan Tertinggi Untuk Penyanyi Solo Wanita

Pecah Rekod, Album Jisoo ‘ME’ Raih Jumlah Pra-Tempahan Tertinggi Untuk Penyanyi Solo Wanita

Belum debut lagi, Ji-soo BLACKPINK sudah pun mencipta sejarah hebat sebagai artis solo!

Terbaru setakat 20 Mac, YG Entertainment secara rasmi mengumumkan bahawa album single solo Ji-soo akan datang iaitu “ME” telah melepasi lebih 950,000 pra-tempahan. Dengan jumlah tersebut, ahli BLACKPINK itu telah mencipta rekod baru sebagai penyanyi solo wanita pertama dalam sejarah, yang mempunyai jumlah pra-pesanan tertinggi.

Ulas agensi,

Memandangkan masih ada 11 hari lagi sehingga album itu akan dikeluarkan, Ji-soo mungkin akan mendapat gelaran solo K-Pop wanita pertama yang mempunyai jualan jutaan album.

Jika Ji-soo berjaya menjual sejuta pra-tempahan album untuk “ME”, dia akan menjadi artis solo keempat dalam sejarah yang mempunyai pencapaian sedemikian selepas Baek-hyun EXO, Jin BTS dan Seo Taiji.

Dalam pada itu, album solo Ji-soo “ME” dengan lagu tajuk “Flower” bakal dikeluarkan pada 31 Mac ini jam 12 tengahari.

Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...