Utama K-Pop Bakal Debut Solo, Jimin BTS & Jisoo BLACKPINK Akan Tampil Dalam ‘SBS...

Bakal Debut Solo, Jimin BTS & Jisoo BLACKPINK Akan Tampil Dalam ‘SBS Inkigayo’

jimin bts jisoo blackpink

Tak lama lagi, peminat akan dapat lihat ramai idola K-Pop bakal membuat debut solo mereka!

Bagi yang belum tahu, Ji-min BTS akan membuat debut solonya pada 24 Mac ini dengan album pertama berjudul “FACE”. Album ini dijangka akan berkongsi perjalanan peribadi Ji-min, di mana dia memulakan lembaran baru sebagai seorang artis.

Bukan sahaja Ji-min, malahan Ji-soo BLACKPINK akan turut menemui peminat sebagai penyanyi solo dengan album “ME”, bakal dilancarkan pada 31 Mac ini.

jimin bts jisoo blackpink

Terbaru menurut laporan eksklusif, kedua-dua penyanyi itu akan membuat persembahan pada program muzik “SBS Inkigayo” pada siaran 2 April nanti.

Jangan lupa tonton tau!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERStar News
Loading...