Ikuti Kami:

“Saya Buat Yang Terbaik” – Nam Joohyuk Kongsi Pandangan Selesai Penggambaran Filem ‘Remember’

“Saya Buat Yang Terbaik” – Nam Joohyuk Kongsi Pandangan Selesai Penggambaran Filem ‘Remember’

Semua mesti dah tahu mengenai filem “Remember” yang akan dilakonkan oleh Nam Joo-hyuk nanti kan?

Satu sidang media untuk filem “Remember” diadakan baru-baru ini dan semestinya ia dihadiri para pelakon, Nam Joo-hyuk dan Lee Sung-min sebagai teraju utama, serta pengarah, Lee Il-hyung.

nam joohyukMenerusi drama tersebut, Nam Joo-hyuk memegang watak sebagai In-gyu yang terjebak dengan pembalasan dendam Pil-ju.

Dalam pada itu, Nam Joo-hyuk berkongsi bahawa,

Bila saya teringat semula, saya rasa saya ada pelbagai jenis perasaan yang bercampur ketika di set penggambaran dan saya berlakon sehabis baik saya.

Dia menambah,

Setelah sekian lama, apabila saya melihat semula semua projek saya di skrin, saya rasa macam, ‘Mudanya saya waktu itu.’.

nam joohyukNam Joo-hyuk turut berkata,

Sebenarnya, saya masih orang yang sama jika ditanya soal lakonan dan saya selalu fokus ketika saya di set. Saya seorang yang tidak suka apabila kerja saya bertangguh dan tidak siap. Jadi, saya sentiasa ada kenangan yang terbaik di set penggambaran. 

Makin tak sabar lah nak tengok filem “Remember” 26 Oktober ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...