Ikuti Kami:

“Saya Buat Lagu Itu Selama 2 Hari..” – Lagu ‘Zoom’ Viral Di TikTok, Ini Respon Jessi

“Saya Buat Lagu Itu Selama 2 Hari..” – Lagu ‘Zoom’ Viral Di TikTok, Ini Respon Jessi

Dengan banyak lagu telah dilancarkan, “Zoom” memang tidak dinafikan salah satu lagu Jessi yang paling popular.

Baru-baru ini, penyanyi rap Korea-Amerika Jessi telah melakukan sesi temu bual eksklusif bersama Allkpop, untuk konsertnya di Manila ‘Zoom in Manila’.

Untuk pengetahuan, ‘Zoom in Manila’ ialah konsert solo pertama Jessi sepanjang dia memulakan kerjayanya. Ketika sesi temu bual ini, Jessi ditanya tentang perasaannya dapat mengadakan persembahan konsert secara solo. Luahnya,

Ini adalah konsert pertama saya secara umum. Saya pernah mengadakan lawatan, tetapi ini seperti kali pertama saya mempunyai lebih daripada seribu orang penonton. Saya seperti takut dan saya mungkin muntah.

jessi zoom

Kemudian, Jessi turut berkongsi perasaannya tentang lagu “Zoom” yang tular semasa ia dikeluarkan, dengan cabaran tarian yang dilakukan oleh ramai selebriti dan pengguna TikTok. Dia berkata,

Ia sangat tidak dijangka. Saya tidak tahu sama ada ramai orang tahu tetapi saya membuat lagu itu selama 2 hari, jadi ia tidak sepatutnya menjadi seperti lagu di mana ia akan menjadi viral di TikTok.

Bukan itu sahaja, Jessi juga ditanya tentang siapa yang dia ingin bekerjasama pada masa hadapan. Kongsi penyanyi itu,

Saya ingin bekerja dengan ramai artis Amerika, artis Sepanyol, artis Filipina. Saya tidak cerewet dengan perkara seperti itu, asalkan muziknya betul, genrenya betul, dan masanya tepat.

jessi

Korang nak Jessi kolaborasi dengan siapa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...