Ikuti Kami:

Kerap Dapatkan IV Drip, Peminat Risau Dengan Kesihatan Jessi Kini

Kerap Dapatkan IV Drip, Peminat Risau Dengan Kesihatan Jessi Kini

Sering tampil dengan personaliti yang ceria namun, perkongsian Jessi baru-baru ini di Instagram telah membuat peminat khuatir.

Pada 26 September, Jessi telah berkongsi satu foto di Instagram Story yang menunjukkan selebriti itu mendapatkan IV Drip, dengan jarum dimasukkan ke lengannya.

Bagaimanapun, Jessi tidak menulis apa-apa kapsyen atau kenyataan tentang apa yang berlaku, membuat peminat tertanya-tanya soal kesihatannya.

jessi sakit

Untuk pengetahuan, pada April lalu, Jessi juga pernah memuat naik foto yang sama ketika dia sedang menerima IV Drip, menambah kerisauan peminat tentang keadaan kesihatannya kini.

Sekadar info, Jessi telah meninggalkan agensi P NATION pada Julai lepas dan tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat setakat ini.

Semoga kesihatan Jessi baik-baik sahaja..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...