Ikuti Kami:

“Awak Baik” – Muat Naik Foto Bersama, Peminat Mahu Jessi & Afgan Berkolaborasi

“Awak Baik” – Muat Naik Foto Bersama, Peminat Mahu Jessi & Afgan Berkolaborasi

Seronok kan bila artis daripada negara berbeza dapat berkolaborasi bagi menggabungkan bakat mereka?

Sama seperti harapan peminat yang kian menggunung apabila melihat interaksi comel antara penyanyi Indonesia, Afgan dan penyanyi Korea, Jessi baru-baru ini.

Kalau korang nak tahu, kedua mereka membuat persembahan untuk KV Fest di Jakarta baru-baru ini.

Apa yang mengasyikkan ialah Afgan telah memuat naik entri yang menyelitkan foto mereka berdua. Katanya,

Seronok kerana dapat berjumpa awak akhirnya. Suka dengan persembahan awak kelmarin. Tak sabar nak tengok awak datang ke sini lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afgan (@afgan__)

Balas Jessi membuktikan keakraban mereka,

Awak sangat hebat! Saya akan berjumpa awak jika saya berada di Indonesia dengan lebih lama nanti. Terima kasih kerana baik dan sangat mengalu-alukan kedatangan saya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat membuat permintaan agar Jessi dan Afgan berkolaborasi apabila mempunyai kesempatan suatu hari nanti.

Dalam pada itu, penyanyi Indonesia itu membuat persembahan bersama B.I. (bekas ahli iKON) dengan lagu “Lost At Sea” sekaligus membuktikan bahawa dia tidak asing dengan gabungan bersama artis Korea.

Korang nak tak Afgan dan Jessi berkolaborasi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...