Tolak Bersama Yoo Jaesuk, Jessi Penat Layan Soalan Tentang Pemilihan Agensi
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sudah bebrapa bulan meninggalkan P NATION, ramai yang tertanya-tanya ‘rumah’ manakah yang mahu diduduki Jessi selepas ini.
Artikel Berkaitan
Kelmarin, tersebar berita mengatakan bahawa penyanyi solo itu bakal menyertai Yoo Jae-suk di Antenna Music. Walau bagaimanapun, agensi itu menafikan bahawa mereka ada berjumpa untuk membincangkan mengenai hal berkenaan.
Tak lama kemudian, Jessi turut memberikan respon terhadap berita tidak berasa itu selain meluahkan rasa lelahnya menghadapi soalan sedemikian,
Tolong jangan percaya apa sahaja yang awak baca di media. Percayalah, awak akan jadi orang pertama yang tahu.

Dengan tangkapan skrin dari outlet antarbangsa, ulas Jessi,
Secara hormat, saya tidak (berbincang untuk sertai Antenna).
Dalam apda itu, wanita tersebut ada memberitahu bahawa perkara sebenar akan terbongkar jua pada suatu masa nanti selepas meninggalkan agensi lamanya. Pun begitu, dia berterima kasih buat PSY dan P NATION selain mengharapkan yang terbaik buat mereka.
Nanti Jessi bagitahu lah kita..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




