Ikuti Kami:

“Saya Buat Di Awal Usia 30-an” – Lee Hyori Dedah Pernah Jalani Pembedahan Kosmetik

“Saya Buat Di Awal Usia 30-an” – Lee Hyori Dedah Pernah Jalani Pembedahan Kosmetik

Penyanyi Lee Hyo-ri membuat pengakuan bahawa dia pernah menjalani pembedahan kosmetik di masa lalu.

Pada 25 Oktober, Hyo-ri telah mengeluarkan video di sebalik tabir di mana dia sedang disolek oleh jurusoleknya di YouTube.

Di dalam video yang berdurasi selama 22 minit itu, dia telah menjelaskan tentang gaya solekannya yang tular pada baru-baru ini serta dia juga telah membuat satu pengakuan.

Katanya,

Sekarang ini ada banyak konflik tentang wajah semula jadi dengan wajah yang menjalani pembedahan. Walaupun saya mempunyai wajah yang sikit menyerlah, saya pernah melakukan pembedahan kosmetik sekali pada awal 30-an.

Sambung penyanyi itu,

Saya lakukannya sebab bila saya senyum, mata saya jadi hilang. Ianya pelik sebab nampak macam saya tidak mempunyai mata.

hyori eye smile

Malah, dia juga berkata,

Ada satu lirik dalam lagu ‘Miss Korea’ yang saya tulis, jika saya menjadi cantik, saya akan berhenti melakukan semua benda. Tapi, sebab sekarang saya rasa bersalah lepas lakukan pembedahan itu, saya nak tukar mesej tersebut. Saya nak tukarkannya menjadi jika awak nak melakukan sebarang pembedahan awak tak patut menukar seluruh paras rupa awak, tetapi hanya ubah sedikit-sedikit sahaja.

Dalam masa yang sama, penyanyi ini turut menyatakan bahawa dia tidak beberapa gemar untuk pergi berjumpa dengan pakar dermatologi dan dia hanya pernah melakukan Rejuran sekali sahaja demi penggambaran iklan.

Apa-apa pun Lee Hyo-ri tetap nampak macam baru masuk umur 30-an kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...