Kalau cakap pasal penyanyi lagenda di Korea, nama Lee Hyo-ri pastinya tidak akan terkecuali!
Terbaru, Lee Hyo-ri telah menghadiri sebuah acara untuk jenama fesyen mewah ‘Burberry’ dan menarik perhatian ramai dengan solekannya yang nampak berbeza.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsi media, netizen telah meluahkan rasa kecewa mereka melihat gaya solekan yang dikenakan buat wanita itu.
Bagaimanapun, ada yang menebak bahawa gambar itu diambil secara tergesa-gesa oleh wartawan dan di bawah pencahayaan yang teruk. Hal ini kerana, foto yang dimuat naik oleh Lee Hyo-ri di laman Instagramnya adalah jauh lebih bagus.
View this post on Instagram
Mengenai ini, Lee Hyo-ri sendiri telah memberi respon dengan menulis,
Wartawan, bolehkah saya berjumpa awak?
Saya dapat gambar saya awal untuk Halloween, LOL.
Saya kalah dalam pertempuran ini, walaupun saya telah memberikan semuanya. Tidak mengapa. Izinkan saya mengambil nafas dan kembali bersedia untuk lebih banyak lagi.
Kesian Lee Hyo-ri tau..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.