Ikuti Kami:

“Saya Boleh Je Mandi Dengan Taeyeon..” – Pengakuan Key SHINee Buat Ramai Tergamam

“Saya Boleh Je Mandi Dengan Taeyeon..” – Pengakuan Key SHINee Buat Ramai Tergamam

Peminat pastu tahu bahawa semua ahli GIRLS’ GENERATION dan SHINee sememangnya rapat antara satu sama lain.

Terbaru pada 22 Julai, saluran YouTube rasmi SHINee telah mengeluarkan video baru, di mana Tae-min, Key dan Min-ho ada membincangkan sama ada lelaki dalam lagu “One For Me”, harus meluahkan perasaannya kepada gadis yang disukainya.

Untuk pengetahuan, lagu tersebut mengisahkan tentang seorang lelaki yang menghiburkan rakan wanitanya, selepas dia berpisah dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, lelaki itu secara senyap gembira dengan perpisahan mereka.

Pada awalnya, Key berkata,

Jika lelaki ini berkawan dengan bekas teman lelaki wanita itu, saya rasa dia tidak perlu berbuat apa-apa.

Tambah Tae-min,

Saya rasa wanita itu tidak perlu menelefon kawan lelakinya itu. Saya tidak percaya bahawa lelaki dan perempuan boleh hanya berkawan.

Namun, Key nampaknya mempunyai pandangan yang berbeza dengan membuat pengakuan mengejut,

Ia boleh jadi. Saya juga boleh mandi separuh badan dengan Taengoo (nama panggilan Tae-yeon GIRLS’ GENERATION).

Untuk pengetahuan, SHINee dan Tae-yeon adalah dari agensi yang sama dan mereka mempunyai hubungan persahabatan rapat seperti adik-beradik.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...