Ikuti Kami:

Dulu Kurus & Cengkung, Penampilan Taeyeon Lepas Tambah Berat Badan Dipuji

Dulu Kurus & Cengkung, Penampilan Taeyeon Lepas Tambah Berat Badan Dipuji

Sebagai seorang peminat, kita pastinya risau apabila melihat selebriti kesayangan tampil berbeza dari sebelum ini..

Sebelum ini, ramai telah meluahkan rasa risau mereka selepas melihat penampilan Tae-yeon yang begitu kurus dan mukanya yang cengkung.

Terbaru ketika konsert solo wanita itu di Jepun, peminat sedar bahawa Tae-yeon nampak sikit berbeza dan dia sendiri mengaku bahawa dia telah menambah berat badan baru-baru ini.

Sebelum meneruskan persembahan, idola itu memberitahu peminat,

Berat badan saya bertambah sedikit dan ahli saya sangat menyukainya.

Sambungnya lagi dengan memberi mesej kepada ibunya, meyakinkan bahawa dia sedang makan dengan baik,

Ibu, saya benar-benar makan dengan baik. Jadi, tolong jangan risau dan tolong jaga diri sendiri. Fighting! Saya sayang awak.

Seronok melihat transformasi Tae-yeon, netizen telah memujinya dengan meninggalkan komen,

Dia kelihatan sangat cantik sejak akhir-akhir ini!

 

Saya suka Tae-yeon yang gempal!

 

Dia nampak cantik selepas menaikkan semula berat badan.

 

Tae-yeon yang chubby sedikit mengingatkan saya pada waktu awal debutnya.

Tae-yeon macam mana pun tetap cantik kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...