Ikuti Kami:

“Saya Boleh Buat Apa Sahaja Untuk Mereka, ‘Running Man’ Ialah Keluarga Saya” – Ji Sukjin

“Saya Boleh Buat Apa Sahaja Untuk Mereka, ‘Running Man’ Ialah Keluarga Saya” – Ji Sukjin

Sudah berbelas tahun bersama, sudah pastinya ahli “Running Man” mempunyai hubungan yang utuh.

Dalam program itu, Ji Suk-jin telah diangkat sebagai watak utama untuk episod terbarunya di mana dia perlu ikhlas berbelanja makan malam buat ‘adik-adik’ yang lain. Usik Kim Jong-kook dan Ji Suk-jin,

Kita semua kaya, jadi jomlah bayar sama-sama.

ji sukjin running man

Ulas ahli tertua itu,

Saya dah lama nak belanja, tapi tak berpeluang.

Meskipun kesemua ahli memesan makanan mahal seperti bahagian istimewa daging Hanwoo, Ji Suk-jin dengan tenang berkata,

Saya boleh belanja korang kalau setakat ini. Kita kan keluarga sekarang. Apa sahaja yang kita tak boleh belanja kalau untuk keluarga?

ji sukjin running man

Bagi bersikap adil dan tidak mahu membebankan Ji Suk-jin, pihak produksi telah membahagikan pilihan ‘roulette’ itu kepada ‘Bayaran penuh Ji Suk-jin’, ‘Bayaran separuh Ji Suk-jin’ dan ‘Bayaran penuh pihak produksi’.

Tapi sepertinya takdir tidak dapat dihalang, nama Ji Suk-jin dipilih untuk membayar keseluruhan makan malam ahli lain dan juga 32 staf lain.

Sayang betul Ji Suk-jin dengan ahli “Running Man”!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...