Ikuti Kami:

“Macam Akan Ganti Lee Kwangsoo Je..” – Joo Woojae Jadi Tetamu Kali Ke-6 ‘Running Man’

“Macam Akan Ganti Lee Kwangsoo Je..” – Joo Woojae Jadi Tetamu Kali Ke-6 ‘Running Man’

Meskipun aktif sebagai model, pelakon dan personaliti televisyen, rata-rata peminat mula mengenali Joo Woo-jae menerusi program “Running Man”.

Terbaru, menerusi klip episod akan datang, lelaki itu sekali lagi kembali sebagai tetamu bersama Roh Yoon-seo yang popular menerusi drama “Crash Course In Romance”. Dalam episod itu, mereka akan mencari siapa yang paling malang pada akhirnya menerusi pelbagai permainan.

roh yoonseo running man

Kehadiran Roh Yoon-seo yang merupakan pelakon sedang meningkat naik kini, nyata menjadi bualan ramai memandangkan agak sukar untuk melihat personaliti sebenarnya di rancangan hiburan.

Walau bagaimanapun, kehadiran Joo Woo-jae yang sudah pun 6 kali menjadi tetamu turut tidak terlepas diperkatakan penonton “Running Man”. Kata seorang peminat,

Dalam banyak-banyak selebriti, dia yang paling pantas dijemput sebagai tetamu lagi dalam tempoh jangka masa pendek. Adakah ‘Running Man’ nak suruh dia ganti tempat Lee Kwang-soo?

joo woojae running man

Pun begitu, ada yang mengatakan bahawa Joo Woo-jae mempunyai personaliti tersendiri dan boleh berdiri tanpa perlu disamakan dengan Lee Kwang-soo.

Korang setuju ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...