Ikuti Kami:

“Saya Seperti Menyibuk Sahaja Di ‘Running Man..” – Joo Woojae Luah Kerisauan

“Saya Seperti Menyibuk Sahaja Di ‘Running Man..” – Joo Woojae Luah Kerisauan

Semakin popular kini, rasanya ramai yang bersetuju bahawa Joo Woo-jae mula mengorak langkah dalam dunia program hiburan Korea menerusi “Running Man”.

Menerusi program ‘Mini Pinggyego’ di YouTube, lelaki itu bercerita lebih mengenai kariernya yang mula berkembang kini sebagai personaliti TV.

Saya semakin sibuk sejak setahun dua ini.. bermula dengan ‘Running Man’. Tapi saya terfikir sama ada posisi saya perlu ada, menyibuk dalam rancangan itu.

joo woojae yoo jaesuk

Pujuk Yoo Jae-suk, kerisauan seperti itu adalah biasa namun Joo Woo-jae sememangnya diperlukan di dalam program hiburan Korea. Disebabkan itulah, ramai produser yang mengambilnya menjadi ahli dalam pelbagai rancangan hiburan kini.

Dalam pada itu, pengacara No 1 tersebut turut memuji bakat meniru suara Joo Woo-jae dan bertanya mengapa dia tidak menunjukkan kemahiran itu di “Running Man”. Balas model itu,

Saya dah pernah buat. Tapi awak tak pernah layan saya seperti tetamu di ‘Running Man’.

joo woojae yoo jaesuk

Dorang sembang kosong pun best!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...