Ikuti Kami:

“Saya ‘Blend’ Ayam Dengan Air” – Park Solomon Kongsi Pandangan Mengenai Populariti Diraih

“Saya ‘Blend’ Ayam Dengan Air” – Park Solomon Kongsi Pandangan Mengenai Populariti Diraih

Korang tengok tak siri “Revenge Of Others” di Disney Plus?

Kalau korang ikuti perkembangan siri “Revenge Of Others”, mesti korang tahu siapa teraju-teraju utamanya kan? Paling menyerlah adalah watak yang dibawa oleh Park Solomon.

Bagi yang belum tahu, “Revenge Of Others”, adalah satu siri dendam seorang remaja, Chanmi, yang berusaha untuk mencari kebenaran tentang kematian abang kembarnya dan juga Soo Heon yang turut ingin membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepada mereka. solomonDalam satu sesi temu bual mengenai siri itu baru-baru ini, Park Solomon turut berkongsi pengalaman bagaimana berlakon bersama artis-artis lain.

Park Solomon berkongsi mengenai Shin Ye-eun dengan berkata,

Saya sangat bersyukur dan senang kerana dia mempunyai sifat kepimpinan yang kuat. Dia banyak menjaga saya di set. Saya rasa separuh masa kedua siri ini adalah lebih istimewa tapi sebenarnya agak pelik kerana kami tidak banyak babak yang perlu ‘menyentuh’ antara satu sama lain dan kami juga tidak mempunyai banyak baris skrip melodrama. 

solomonDalam pada itu, melihat kepada musim kedua “All Of Us Are Dead”, dia juga berkata,

Saya jadi makin tak tahu apa yang saya perlu buat apabila musim pertama “All Of Us Are Dead” mula ditayangkan tapi saya turut bersyukur kerana saya nampak sambutan yang hebat dari peminat. Jadi, untuk musim kedua, saya cuba tenangkan fikiran saya supaya saya boleh fokus ketika menjalani penggambaran.

Dia juga berkata bahawa dia tidak sedar populariti yang mula diraihnya kerana ketika “All Of Us Are Dead” mula bersiaran, dia tengah sibuk menjalani penggambaran bagi “Revenge Of Others”. solomonMelihat kepada popularitinya kini, Park Solomon juga sedar bahawa peminat juga sering memuji paras rupanya. Dia berkata,

Saya mula bersenam sejak sekolah menengah. Saya berjaya naik sebanyak 25 kilogram. Dulu saya mempunyai badan yang kecil dan saya terpaksa memaksa diri saya untuk makan. Terlalu susah bagi saya untuk mengunyah ayam, jadi saya terpaksa hancurkan ayam itu dan minum bersama air.

Sampai macamtu sekali ek… tapi apa-apa pun tak sabar nak tengok “All Of Us Are Dead” musim kedua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...