Ikuti Kami:

Jo Yihyun Akui Langgan Disney+ Untuk Tonton Drama Park Solomon ‘Revenge Of Others’

Jo Yihyun Akui Langgan Disney+ Untuk Tonton Drama Park Solomon ‘Revenge Of Others’

Jo Yi-hyun dan Park Solomon memang tidak dinafikan mempunyai ‘chemistry’ yang hebat dalam siri “All Of Us Are Dead”.

Terbaru, Jo Yi-hyun telah berkongsi foto Park Solomon yang menghadiri sidang media drama terbarunya “Revenge of Others”, dengan kapsyen yang ditulis,

Saya melanggan Disney+ untuk menonton ‘Revenge of Others’.

Nampaknya, Jo Yi-hyun sanggup melanggan laman penstriman Disney+ demi memberikan sokongan buat rakannya dari “All Of Us Are Dead” itu. So sweet!

Menyiarkan semula Instagram Story yang dimuat naik Jo Yi-hyun, Park Solomon turut menulis,

Yi-hyun yang terbaik ✨✨

Untuk pengetahuan, “Revenge of Others” membawa kisah seorang gadis yang memasuki sekolah untuk mencari dalang disebalik kematian abang kembarnya. Ianya turut dibintangi Shin Ye-eun, Seo Ji-hoon, Chae Sang-woo dan sudah mula bersiaran pada 9 November menerusi Disney+.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...